Proses

Assalamualaikum kepada umat islam .
Salam sejahtera kepada non muslim .
Terdetik di hati ni pada malam hari untuk mencari kembali satu web yang menyentapkan hati untuk berubah dan mengenali kembali ke arah islam yang sebenar .

Yaa aku sudah terlalai jauh dari jalan islam.

Jadi aku kena mencari satu medium yang aku memang suka untuk menyedarkan diri sendiri tentang kebenaran yang selalu aku buat salah.  Aku kena tetapkan dalam hati untuk berubah. Ya biarlah orang nak kata ape.

"Kau pahal haha ustazah dah sekarang"
Alhamdulillah , ade jugak orang doakan aku jadi ustazah . Hmm hmm . In Shaa Allah kalau ade kesempatan pasti aku dorong kau jugak.

    Jadi , bergelodak lah dalam hati ni nak cari kebali majalah yang pernah sentuh hati aku. Gen-Q . Masa di asrama ade kawan yang memberi aku pinjam . Start dari tu aku kenal majalah islam . Betapa jahil nya aku dahulu . Hanya tahu majalah lain . Hmm.

  Tapi positif ! Setiap manusia ade proses nak kembali ke penciptanya . Dan aku percaya jalan aku ni merupakan jalan untuk mendewasakan aku. In Shaa Allah aku ingin menjadi seperti kak jpkk di kamsis aku ni .

Bertudung labuh. Longgar semuanya. Tapi , jangan lupa jadikan baju seperti perisai untuk islam . Like blogger inche kopiah have said.

ya mereka yang bagi aku sentap. Sentap sehabisnya aku dalam bab ikhtilat. Aku dahulu tidak mengetahui bahawa itu semua berdosa kalau chat kosong dgn berlainan jantina. Ya dulu aku suka kacau org dalam whatsapp group. Masya Allah ! Didalam tu ade lelaki jugak. Allahu akbar .

Doronglah aku menuju ke jalan Allah. Doronglah . Kerana aku mahu meninggal dalam iman. Kerana terdetik di hatiku ini ingin menjadikan perut ibuku sejuk je sebab mengandungkan aku dahulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com

Haih ITS OKAY THATS LOVE yang buat aku segar time org nyenyak