Bila dah eksaited

Assalammualaikum . Hi semua . Ape khabar ? Dah makan ? Dah minum ? Dah .. bla bla bla . Kalau ainur tanye satu satu mampuih entry ni jadi pertanyaan pulak . hehe . Taknak lah macam tu kan . Dahlah ainur ni memang pemalas nak mampus nak buat entry , Duhh kenyataan tu . Siapa suruh terjebak dengan dunia blog . haha .

  Batch 96 . Semua sudah sedia nak melangkah ke dunia belajar kan ? Yea same lah dengan ainur . Cuma menunggu surat dari politeknik je . Surat jawapan tawaran dah hantar balik . Sek bek lah ainur ni tak jenis tangguh .. Dan ibu abah rajin nak mengantar ainur ni ke pejabat pos tadi . hehe . Ibu ade tanye kenape tak hantar terus je ke polisas semambu tu . Yelah taklah jauh mane . Abah selalu ulang alik ke kuantan nun haa . Tapi lagi syok hantar pos . Baru terase jauh sikit . Haha . Nasib hang lah dapat dekat . Sepatutnya bersyukur . Alhamdulillah .




Salah satu sebab aku eksaited nak gi polisas yelahhh ........
Ni lah classmates aku 9 orang (termasuk aku ) dapat same polisas . Cuma 2 orang tak same kos  . Sorang dapat seni bina , sorang lagi automotif . Haih . Kami dulu bekas pelajar teknik kuantan . Jurusan kejuruteraan awam . Best tak belajar awam ? Bagi aku lahh serious best . Entah nape ainur memang suka gila subjek ni walaupun mase exam tak score sangat . Lepas kredit je . Bersyukur gilaa . haha . Gambar tu mase form 4 . Gambar ni spesel ni tangkap kerana cikgu pelatih kami dah nak tinggalkan kami T_T . Uhuk sedih mase tu .

Classmates ade jugak dapat poli shah alam . Poli premier lah kan . 3 orang dapat sane . Wish luck lah dekat diorang . Hehe . Yang best nye dormmates ainur dapat polisas . Yang tergolong dalam classmates tulah . Nak satu bilik lagi boleh tak ? Hehe . Boleh sambut puase same same lagi walaupun dekat asrama tak rapat sangat sebab ainur set set lain . Boleh pulak macam tu kannn . Dia tu duduk kuantan . lagi dekat ainur duduk pekan . Setengah jam perjalanan nak gi kuantan . Semambu alih ke kemaman . Boleh lah dekat sejam kalau jam .

Dah eksaited tu ape lagi , hari hari kami kacau sesame sendiri dekat whatsapp group . Rapat kan kami ? Alhamdulillah semua masih ingat masing masing walau dah jauh . sorang kl, ramai ramai temerloh dan mestilah ramai kuantan . Haih . Nanti kitaorang buat reunion lagi dekat polisas . Ramai kawan kelas nak datang jenguk kitaorang mase daftar . Rajinnye diorang . Rasenya ni lah the best classmates buat aku lah . Taktahu lah pulak korang .. Mungkin faktor duduk hostel siang malam jumpe sesame sendiri anggap adik beradik semuanya . Hari jadi sambut galok galok . Macam semalam hari jadi NUR ILYANI . Hehe . Group name jadi YANIE BIRTHDAY lah , Yanie special day lah . haha . Asyik gaduh tukar name je kitaorang . Yang yan tukar balik name kelas . aku tukar balik special day dia . Yang lain pakat same same tukar . Haha .

Alang alang ni nak letak my ilyani special friend dekat entry ni . Haha sedangkan 20/4 aku ade buat entry birthday dia . Alaah saye ter awal sebulan sambut birthday dia . Haha . semangat :D




Yeahh bergambar bersame birthday girlll . Sungguh gembiraa jumpe dia yyang gila gila . Selalu kena buli dengan kawan . ahha . bukan buli yang teruk teruk tu cuma kena buli manja manja . hehe . nanti kita jumpe dekat polisas ye yan . 16 / 6 ni .


Last but not least ,

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya  ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com

Haih ITS OKAY THATS LOVE yang buat aku segar time org nyenyak