Liebster Award

Assalammualaikum . Have a nice day dear readers :) . Hehe aku ade readers ke ? \sentap/ .

Okay saya telah ditag oleh adik Aad . Hehe . Sebenarnya saya rasa sangat  berterima kasih kepada adik Aad sebab tag ainur :) . Okay sebelum tu sorry kalau adik aad rase ainur tak buat kisah kut pasal entry ni . Ainur kisah cuma tak dapat cari masa yang sesuai nak meng-entry ni . Hehe . Busy sikit beberapa hari ni . Yelah family ade buat vacation sikit .

 Okay selepas membebel - ayat pendahuluan kecik . Ainur nak terangkan rules rules dan benda benda yang penting :')

Peraturan Peraturan yang awesomexx
1-Mention the people who nominated you with a link to their blog .
2-Answer 11 asked question .
3-Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential .
4-Create 11 of your own question from them to answer .
5-Notify your nominate

Get it right darl ? Hehe . Kalau yang rase menyampah tengok english atau dok faham . Boleh lah gi select then copy kan ke google translate . okay ? haha . Aku cuma was was je kalau ade ade yang tak reti .

Okay , for the question ~~
1.Macam mana nak hilangkan stress ?
Hmm , Makan coklat fevret . Coklat apa apa je . Asalkan coklat . Dan tidur . Yeah tidur memang akan menenangkan stress yang melanda diri yang rase nak baling meja dan lari laju laju dekat laut . Hoho XD

2.Belajar dekat mane ? Dari tahun ?
Buat mase ni ainur tak belajar dekat mane mane . Sebab upu pun tak keluar lagi . Member ade masuk form 6 dan sudah start mendaftar . Ainur pun dapat . Dekat SABS , kuantan . Tapi tulah ibu tak bagi dan saya pun tak minat :)

3.Idola sepanjang masa . Why ?
As islam kita mesti ikut contoh dan amalkan semua sunnah Rasulullah kita :) . Yeah Ainur ppun ngaku dulu dulu mase nakal nakal sikit ainur macam ambik idola artis takpun angkasawan . Tapi bila dah besarr sikit ainur pikir pikir , hmm aku mesti berubah untuk mencintai Rasulullah . So kesimpulannya idola ainur Rasulullah :)

4. Makanan favourite ?
Of course laksa penang dan laksa pahang . haha craving for this aa now -__- .

5.Baju selalu pakai masa keluar ?
Blouse atau t-shirt dengan dipakai dengan cardigan . Ainur ni simple dan memang kekurangan duit . Haha . Admit it .

6.Hp jenis ape ?
Samsung adik chikai - champ . haha . Kalau ainur rase ber-wassap atau wechat ainur guna hp ainur yang lain yang ade android :)

7.Soal agama..bab ape ?
Sebenarnya ainur blur sikit pasal soalan ni . Bab agama untuk ape eh ? Kalau ainur jawab ikut kepala blank sekejap ainur ni okay eh ? Bab aurat . Of course ainur lebih terarah untuk meningkatkan menutup aurat . Bukan lah nak kate saya free hair tapi dari segi tudung tuu ikut syarat tak ? Baju tu longgaar tak ? menda menda perhiasan kita , bukan mahram kita nampak tak ? . Ainur ingat lagi somebody said to me that dosa kalau menunjukkan atau menayangkan contoh ikat rambut atau bentuk sanggul sekalipun kepada bukan mahram kita . Yelah diaorang boleh tahu rambut kita panjang atau pendek :)

8.Cita cita ?
Engineer awam yang berjaya . Hehe . Wish me dapat capai cita cita yang agak mencabar gila ni :)

9.Kenangan manis ?
Kenangan manis saya setiap hari berlaku iaitu sentiasa dapat melihat dan bersama ibu bapa saya :) . Having them -my dream always :)

10.Kenangan pahit ?
2011 . tahun tu tahun kawan atau ex bf meninggal . Meninggal sebab excident . Seriously first time rasa kawan meninggal . Banyak lagi sebenarnya tapi nak cerita yang ni je :)

11.Kali terakhir jumpe parents ?
1 saat yang lalu . Hehe parents ainur tengah tidur . Lul ainur buat entry ni time pukul 12 memang lah -__-

Okay tu je jawapan yang Ainur mampu jawab . hehe .

11 blogger yang Ainur give-it the award .


  1.  Rilakkuma Is Bear
  2. Izzati Amira
  3. PANDA ;
  4. S
  5. Boice Legacy 7
  6. Mia Liana
  7. Hohoy
  8. Nadhirah
  9. Intan
  10. Bayboo
  11. Syazana
Haa siap pun nak list blogger semua ni . Haih . Susah jugak sebab ainur ni kawan kawan blogger takde . Hehe jadi ambik rambang dari chatbox jelah mampu .\sedihh T__T/ . Jadi kepada yang kena tag tu harap maap lah kalau award ni menganggu kehidupan harian blogger korang . Saya hanya buat macam rules sahaja :) . So untuk soalan ialahhhh


  1. Bile kali terakhir basuh kereta/motor ?
  2. Semalam makan ape ?
  3. Impian mase kecik ?
  4. pernah nyanyi lagu dekat tandas tak ? Nyatakan lagu ape ?
  5. baju ape yang paling addicted untuk pakai kalau nak keluar jalan jalan ? Warna ?
  6. berapa kali pernah tendang pintu bilik kalau gaduh ? Haha .
  7. Dekat sekolah (kalau dah habis sekolah jawab je) selalu tak belanja member makan ? Berapa je habis selalu ?
  8. Pernah tak tak siap kerja sekolah tak masa zaman sekolah ?
  9. Kalau dapat duit seringgit dari adik ke member ke beli ape dekat 7E ?
  10. Charge fon tak seminit yang lalu ?
  11. Suka basuh baju atau basuh pinggan ? 
Haa kalau soalan dekat atas tu macam ngarut sikit sila maafkan daku yaa . Maleih eh nak tanya soalan macam buat biodata sangat . hehe . Kita have fun je . Kalau busy minggu depan baru nak buat pun takpe . Ainur tak kisah . Asalkan korang jangan marah ainur pulak . Haha apa sabik eh ? Lul . Hoho selamat ber-balas balik okay kepada yang ditag :) . kalau yang dah ditag oleh blogger lain pun jawab je . 

Ulasan

Unknown berkata…
dah jawab soalan & thank sebab tag tau (:

Catatan popular daripada blog ini

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com

Haih ITS OKAY THATS LOVE yang buat aku segar time org nyenyak